Taman Abu Bakar Bentong diwarnai lampu LED

Shahaniza (tengah) tertarik melihat kerlipan lampu LED yang disediakan di karnival tersebut.
Shahaniza (tengah) tertarik melihat kerlipan lampu LED yang disediakan di karnival tersebut.
A
A
A

BENTONG - Kira-kira 1 juta lampu diod pemancar cahaya (LED) mewarnai Taman Abu Bakar di sini sempena Jom Malaysia Karnival Pesta LED 2019 yang membuka tirainya bermula semalam.

Karnival anjuran Miss Malaysia Kebaya dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Majlis Perbandaran Bentong itu akan berlangsung hingga 4 Ogos depan.

Exco Kebudayaan Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, program diadakan itu memberi peluang kepada masyarakat untuk merasai pengalaman unik dan baharu.

Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar kenangan di karnival tersebut.
Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar kenangan di karnival tersebut.

“Kerajaan negeri menyokong penganjuran program terbabit yang disifatkan satu kolaboratif dalam mempromosikan daerah ini,” katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian program itu.

Hadir sama penganjur karnival, Dr Jason Hee JP, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Aida Munira Abdul Rafar.

Artikel Berkaitan:

Antara lampu LED yang menjadi tarikan pengunjung di karnival tersebut.
Antara lampu LED yang menjadi tarikan pengunjung di karnival tersebut.

Katanya, pihaknya akan menganjurkan karnival sama di daerah lain seperti di Kuantan.