Hasrat masuk Malaysia tidak kesampaian

Kesemua pendatang Myanmar terbabit ditahan di ladang getah di perkampungan Ban Mae Nam.
Kesemua pendatang Myanmar terbabit ditahan di ladang getah di perkampungan Ban Mae Nam.
A
A
A

SONGKHLA - Pihak berkuasa Thailand hari ini menahan 57 pendatang asing Myanmar yang bersembunyi di sebuah ladang getah di daerah Sadao.

Polis berkata, kesemua pendatang terbabit yang terdiri daripada 54 lelaki dan tiga wanita menunggu untuk dihantar ke Malaysia.

Siasatan polis mendapati pendatang terbabit dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama yang terdiri daripada 20 orang dihantar ke ladang getah di perkampungan Ban Mae Nam pada Rabu lalu dan bakinya tiba lewat malam tadi.

Tangkapan itu dibuat susulan penahanan seorang broker yang mempunyai rangkaian dengan sindiket pemerdagangan manusia di sebuah rumah sewa di daerah Hat Yai pada 3 Julai lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: