PGB lancar projek fasa kedua Pekan Sentral

Godwin (dua dari kanan) semasa pelancaran fasa kedua Pekan Sentral.
Godwin (dua dari kanan) semasa pelancaran fasa kedua Pekan Sentral.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Paragon Globe Berhad (PGB), sebuah syarikat awam negara ini melancarkan projek fasa kedua Pekan Sentral iaitu sebuah projek komersial pegangan bebas dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM126.1 juta.

Pengarah Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Godwin Tan Pei Poh berkata, Pekan Sentral adalah pembangunan komersial moden yang terletak di Taman Perindustrian Pekan Nenas dekat Pontian.

Menurutnya, projek tersebut dibangunkan oleh Paragon Bizhub Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh PGB.

"Pekan Sentral merangkumi 6 hektar tanah dengan jumlah 158 unit pejabat kedai dua tingkat dan tiga tingkat kedai pejabat.

"Ia terletak di perbandaran yang semakin berkembang. Ia direka bentuk kontemporari yang bertujuan menyediakan potensi perniagaan yang tidak terhad kepada pelabur dan pemilik perniagaannya," katanya pada pelancaran projek berkenaan di sini.

Godwin berkata, kedudukannya yang strategik iaitu bersebelah Lebuhraya Skudai-Pontian turut boleh diakses melalui Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai.

"Berikutan kejayaan jualan Pekan Sentral fasa satu yang dilancarkan pada November 2017, kami kini melancarkan Pekan Sentral fasa dua.

"Meskipun terdapat keadaan pasaran yang mencabar dan ketidakpastian di pasaran tempatan, kami yakin projek ini mendapat sambutan positif berdasarkan permintaan yang kukuh di kawasan ini untuk aktiviti perniagaan," katanya.

Artikel Berkaitan: