'Najib bukan mahu jawatan PM semula'

Reezal Merican bergambar bersama kepimpinan dan ahli UMNO pada Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sungai Besar di Dewan UMNO Bahagian Sungai Besar di sini hari ini.
Reezal Merican bergambar bersama kepimpinan dan ahli UMNO pada Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sungai Besar di Dewan UMNO Bahagian Sungai Besar di sini hari ini.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Pelantikan Datuk Seri NajibTun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasiona (BN) perlu diterima secara terbuka kerana bekas perdana menteri itu mempunyai pengaruh yang kuat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pelantikan itu tidak bermakna Najib ingin kembali menerajui kepimpinan negara.

Menurutnya, beliau (Najib) sendiri memaklumkan tidak berhasrat untuk kembali sebagai perdana menteri.

"Sebaliknya beliau ingin menyumbang kepada parti semula," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sungai Besar di Dewan UMNO Bahagian Sungai Besar di sini hari ini.

Reezal Merican berkata, keputusan melantik Najib itu dibuat hasil daripada konsensus yang dipersetujui Presiden MCA dan MIC, serta ahli Dewan Tertinggi BN yang terdiri daripada tokoh utama ketiga-tiga parti.

"Hakikatnya saya beranggapan beliau seorang yang berani dalam menghadapi pelbagai fitnah yang dilemparkan.

"Satu demi satu isu beliau tangani secara bersendirian. Apa isu beliau tidak troll terutama dalam soal Cukai Barangan dan Perkhidmatan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan lain-lain.

Artikel Berkaitan:

"Setiap kali beliau troll menteri Pakatan Harapan, ribuan sambutan positif diterima daripada netizan," katanya.

Malah, katanya, fenomena 'Bossku' dicetuskan Najib membawa kepada sokongan rakyat terutama anak muda di media sosial.

"Ini memberi gambaran rakyat di luar bukan terima secara buta tuli kerana mereka baca dan lihat, selain buat kajian dan perbandingan apa yang didakwa serta dilemparkan kepada Najib.

"Malah, ada yang mula melihat banyak perkara yang dilemparkan terhadap Najib adalah fitnah," katanya.