Dr Mahathir sindir Ku Li berhubung dakwaan perpecahan PH

Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Perhimpunan Agung Khas Bersatu di MAEPS Serdang hari ini. -Foto Bernama
Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Perhimpunan Agung Khas Bersatu di MAEPS Serdang hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

SERDANG - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah susulan kenyataan beliau yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) bakal berpecah daripada dalam.

Mengulas dakwaan tersebut Dr Mahathir berkata, Ahli Parlimen Gua Musang itu mempunyai banyak pengalaman berkaitan dengan perpecahan parti.

"Dia ada banyak pengalaman (berhubung perpecahan parti) dengan Semangat 46. Jadi dia tahu semua tentang itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Khas Bersatu di sini hari ini.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh mendakwa pergeseran antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali boleh menyebabkan PH berpecah.

Razaleigh menubuhkan Semangat 46 pada 1988, selepas perpecahan dalaman UMNO susulan pertandingan jawatan bagi jawatan Presiden

Ketika diminta mengulas kenyataan penulis buku Anwar PM ke-8, Shahbudin Husin yang menyatakan tindakan segelintir pihak yang memaksa Dr Mahathir terus berkhidmat sehingga habis penggal ibarat mendera beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: PKR akan musnah lebih cepat: Ku Li

Dr Mahathir berkata, beliau telah berjanji dan akan menunaikannya.

Artikel Berkaitan:

"Apa sahaja dikatakan orang lain, itu hanya pendapat mereka bukan saya," katanya.

Ditanya lagi mengenai rombakan Kabinet bakal berlaku susulan tular gambar ahli jemaah menteri, beliau menafikan dakwaan tersebut.

"Semalam antara mesyuarat yang dihadiri semua anggota Kabinet (kehadiran penuh). Jadi kami ambil gambar," katanya.