Larangan merokok: Sarawak tidak berkecuali

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Sarawak akan menguatkuasakan larangan merokok berdasarkan Ordinan Kecil Kerajaan Tempatan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian.

“Sarawak akan mempunyai larangan merokok kita sendiri dengan mengambil kira keadaan dan berdasarkan Ordinan Kecil Kerajaan Tempatan Sarawak dan undang-undang. Sama seperti imigresen, kita ada hak imigresen kita sendiri.

“Sebagai ahli kardiologi, saya menyokong amalan antimerokok sepanjang kerjaya saya dan akan terus berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau juga melahirkan perasaan kecewa dengan gambaran salah sesetengah pihak terhadap Sarawak berhubung isu larangan merokok.

“Merokok adalah tidak baik untuk kesihatan bukan sahaja untuk perokok tetapi juga untuk bukan perokok. Kita terpaksa melakukan lebih banyak ke atas produk tembakau bukan setakat undang-undang sahaja tetapi juga secara holistik,” katanya.

Sebuah akhbar Inggeris tempatan memetik Kui Hian sebagai berkata, larangan merokok yang dikuatkuasakan kerajaan Persekutuan bermula 1 Jan 2019 tidak terpakai di Sarawak melainkan kerajaan Sarawak melaksanakan dasar baharu itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: