Sultan Johor pamer kebolehan kendali jentera tuai padi

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menunjukkan kebolehan mengendalikan jentera penuai padi.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menunjukkan kebolehan mengendalikan jentera penuai padi.
A
A
A

TANGKAK - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengendalikan jentera penuai padi 'combine harvester' ketika berkunjung di Kampung Kesang Tasek, di sini.

Kampung tersebut merupakan antara destinasi persinggahan hari pertama rombongan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019.

Selain itu, baginda Tuanku yang hadir ke kawasan sawah ditemani Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah juga menunjukkan kebolehan membanting padi.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membanting padi ketika di Kampung Kesang Tasek.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membanting padi ketika di Kampung Kesang Tasek.

Manakala Raja Zarith Sofiah pula menunjukkan bakat melukis pemandangan kawasan sawah padi bersama beberapa orang pelukis di sebuah pondok kecil berdekatan.

Paduka anakanda iaitu Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar berangkat bagi acara membaja padi menggunakan dron.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencuba pembuatan mi siput.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencuba pembuatan mi siput.

Sebelum tiba di Kampung Kesang Tasek, Sultan Ibrahim bersama rombongan KMJ berangkat ke Pusat Latihan Rekreasi Markisa, Kampung Sungai Nibong di Semerah, Batu Pahat.

Artikel Berkaitan:

Meluangkan masa lebih satu jam di sana, baginda Tuanku bersama keluarga Diraja Johor berkenan melakukan pelbagai aktiviti menarik antaranya pembuatan mi siput, kek buah kukus dan memetik roselle.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengetuai rombongan Kembara Mahkota Johor ke Muar.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengetuai rombongan Kembara Mahkota Johor ke Muar.

Rombongan KMJ kemudiannya bergerak dari Kampung Kesang Tasek menuju ke Maharani Uptown iaitu destinasi akhir untuk hari pertama.