Warga emas cemas pisau di leher

No Image Caption
A
A
A

BESUT- Seorang peniaga wanita cemas apabila tiba-tiba seorang lelaki mengeluarkan sebilah pisau dan meletakkan di leher mangsa dalam kejadian di sebuah kedai runcit di jalan Lata Tembakah, Hulu Besut di sini semalam.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8.45 pagi itu ketika wanita berusia 69 tahun itu bersendirian di kedainya sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Nor berkata, suspek yang memakai topi keledar berpura-pura mahu membeli rokok sebelum mengeluarkan sebilah pisau lalu diletakkan di leher mangsa.

Menurutnya, suspek kemudiannya mengarahkan mangsa jangan bergerak dan bertindak mengambil beg duit milik mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal.

“Mangsa kerugian hampir RM800 akibat disamun oleh suspek,” katanya.

Mohd Zamri berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Pasir Akar pada hari yang sama.

Menurutnya, polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunakan senjata.

Artikel Berkaitan: