Kes video: PKR ambil tindakan tegas jika pemimpin terlibat

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

PETALING JAYA - PKR akan mengambil tindakan tegas terhadap ahli atau pemimpin parti itu yang terlibat dalam penyebaran video intim melibatkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang individu didakwa mirip menteri Kabinet.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana PKR menolak politik jijik sekeras-kerasnya.

“Berkenaan dakwaan terdapat ahli atau pemimpin parti politik yang terlibat dalam tindakan sebaran video tersebut, PKR tidak bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas mengikut perlembagaan parti jika terdapat penglibatan mana-mana anggota PKR yang disabitkan kesalahan berlandaskan undang-undang,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mendedahkan penyebaran video berkenaan adalah pakatan jahat yang didalangi seorang pemimpin sebuah parti politik dengan tujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.

Malah kata Abdul Hamid, penghasilan video itu dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit.

Dalam pada itu, Anwar menyambut baik siasatan polis yang memaklumkan bahawa hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan

“Sambil mengambil maklum bahawa siasatan polis masih lagi berjalan dan setakat kenyataan Ketua Polis Negara kelmarin, PKR menerima baik kenyataan bahawa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tidak terlibat dalam satu video yang disebar baru-baru ini,” katanya.

Selain Haziq yang merupakan bekas bekas Ketua AMK Santubong, Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak turut ditahan bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Kedua-dua mereka masih ditahan reman sehingga Selasa depan.