Gegantung Kembara Mahkota Johor dikhianat

Polis membuat rondaan susulan kejadian vandalisme terhadap bendera dan gegantung yang dipasang di beberapa lokasi sepanjang jalan sempena program KMJ 2019.
Polis membuat rondaan susulan kejadian vandalisme terhadap bendera dan gegantung yang dipasang di beberapa lokasi sepanjang jalan sempena program KMJ 2019.
A
A
A

KOTA TINGGI - Dalam keterujaan penduduk daerah ini menyambut rombongan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019, namun ada pihak tidak bertanggungjawab melakukan vandalisme terhadap bendera dan gegantung yang dipasang di beberapa lokasi sepanjang jalan.

Difahamkan dawai-dawai pengikat bendera dan gegantung sempena KMJ 2019 itu telah ditanggalkan menyebabkan petugas Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) terpaksa membuat pemasangan semula.

Penghulu Mukim Ulu Sungai Johor, Azmir Mad Razuki berkata, sehingga semalam hampir 55 gegantung yang terjejas ekoran perbuatan tidak bermoral itu.

"Gegantung terjejas iaitu di kawasan Jalan Sedili dan Perani. Bagaimanapun kesemua kain rentang dan gegantung berkenaan telah siap dipasang semula sebaik unit peronda MDKT perasan keadaan yang berlaku.

No Image Caption

"Susulan itu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut membantu membuat rondaan untuk kenal pasti kawasan lain yang terlibat dengan aktiviti tidak sihat itu," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau turut menasihati orang ramai agar sama-sama menjaga harta benda awam kerana ia adalah milik bersama.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, seluruh warga Kota Tinggi diundang hadir ke padang awam Sungai Telur iaitu tapak lokasi KMJ 2019 bagi daerah Kota Tinggi untuk sama-sama menyambut kehadiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Artikel Berkaitan:

"Pelbagai acara menarik disediakan antaranya sukan rakyat, indoor game, pertandingan memasak gulai tempoyak ikan patin, pameran usahawan tempatan, pameran kraftangan serta pemeriksaan mata percuma.

"Aktiviti bermula seawal jam 8 pagi dengan acara senamrobik. Makanan turut disediakan dan semuanya adalah percuma," katanya.