X

Kindly register in order to view this article
!

Gesaan bubar Parlimen lawak jenaka: Husam

Husam (kiri) melawat gerai pameran sempena Program Sepakat @ Komuniti dan Sambutan Setahun Malaysia Baharu peringkat negeri di SMK Sering hari ini.
A
A

KOTA BHARU - Naib Presiden Parti Amanah Negara, Senator Datuk Husam Musa menganggap gesaan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) membubarkan Parlimen kerana gagal memastikan kestabilan politik sebagai lawak jenaka.

Beliau yang juga Pengerusi PH Kelantan berkata, Pas Kelantan dan Terengganu seharusnya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu jika mahu pilihan raya diadakan secepat mungkin.

Menurutnya, sekiranya Pas menang besar dalam pilihan raya selepas pembubaran DUN, barulah mereka boleh mengutarakan gesaan itu kepada kerajaan PH.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas gesa bubar Parlimen segera

“Pas dan macam tak ada benda nak cakap, sebab Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru sahaja melepasi setahun. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga baharu sahaja mahu melaksanakan pendaftaran automatik.

“Jadi bagi saya, semua pihak masih 'lenguh badan' kerana PRU lalu begitu epik,” katanya pada sidang akhbar Program Sepakat @ Komuniti dan Sambutan Setahun Malaysia Baharu peringkat Negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Sering Kota Bharu.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak selera untuk menerima pelawaan PH bagi menyertai mereka, Husam berkata, Pas perlu mengambil ‘suplimen dan vitamin'.

"Kadang-kadang kita rasa tidak sihat, jadi memang kurang selera. Saya harap Pas lebih banyak makan suplimen dan vitamin supaya selera terbuka," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus