Tiga parti tidak cukup kuota jadikan Anwar PM: Annuar

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM - Sokongan tiga parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amanah dan DAP tidak cukup kuota untuk menjadikan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata, bagaimanapun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Warisan dan blok pembangkang boleh menentukan kedudukan perdana menteri atau memberi laluan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meneruskan jawatannya.

"Jika semua tak mahu sepakat, maka Parlimen tergantung dan terserah kepada SPB (Seri Paduka Baginda) YDA (Yang di-Pertuan Agong)," katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Annuar mengulas kenyataan ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu yang mendakwa Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sepatutnya sedar bahawa beliau tidak berpeluang untuk menjadi perdana menteri berbanding Anwar.

Ini kerana, kata Ronnie, majoriti dalam PKR, serta Amanah dan DAP menyokong Anwar sebagai perdana menteri yang akan datang.

Beliau menambah Anwar juga telah dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai individu menggantikan Dr Mahathir Mohamad, walaupun spekulasi menyatakan Azmin sebagai pemimpin kesayangan perdana menteri.

Artikel Berkaitan: