Pertelingkahan PKR: Saya dinasihatkan jangan beri komen, kata Anwar

Anwar selepas selesai ucaptama pada hari kedua hari ini.
Anwar selepas selesai ucaptama pada hari kedua hari ini.
A
A
A

PORT DICKSON - [DIKEMASKINI] Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan membuat ulasan mengenai pertelingkahan yang berlaku dalam parti itu yang didakwa semakin buruk.

"Mereka (pimpinan PKR) nasihat saya, jangan buat apa-apa kenyataan. Jadi saya kena patuh pada pandangan mereka, kita sampai habis retreat dengar pandangan baru kita akan buat ulasan.

"No comments today... Hari ini tak ada komen," katanya ketika ditemui media pada hari kedua Majlis Temurapat Pimpinan Keadilan Pusat di sebuah hotel di sini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai nasihat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya pergeseran dalam PKR dihentikan, Anwar berkata, laporan tersebar mengenainya adalah tidak tepat.

"Beliau (Dr Mahathir) kata dalam kalangan Pakatan Harapan mesti teguh, tetapi apa yang dilaporkan kata bergaduh dalam PKR. Saya minta supaya dengar dahulu.

"Hari ini tidak ada komen, esok selesai (pemukiman) baru kita komen. Itulah keputusannya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah dalaman PKR perlu diselesaikan segera: Anwar

Artikel Berkaitan: