Wanita maut kereta dipandu terbabas

Kenderaan dipandu terbabas menyebabkan seorang pemandu wanita maut dalam kemalangan di NKVE pagi tadi.
Kenderaan dipandu terbabas menyebabkan seorang pemandu wanita maut dalam kemalangan di NKVE pagi tadi.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang wanita maut apabila kereta dipandunya terbabas di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 6.30 pagi itu, mangsa memandu Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima laporan pada jam 6.30 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota ke lokasi dan mendapati kemalangan dipercayai melibatkan sebuah kenderaan.

“Kenderaan disyaki terbabas sendiri dan pemandunya dikenali sebagai Ang Pei Xuan, 24, maut di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan waris mendiang sudah dimaklumkan.

“Perkembangan siasatan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Artikel Berkaitan: