Lapan sekeluarga antara ditahan positif dadah di Miri

No Image Caption
A
A
A

MIRI - Lapan sekeluarga adalah antara 27 individu ditahan positif dadah dalam operasi bersepadu hampir lima jam di dua lokasi di bandaraya Miri.

Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Miri, Mazlan Jikran berkata, lapan sekeluarga yang ditahan kerana positif dadah itu ialah seorang bapa berusia 59 bersama dengan tiga anaknya iaitu seorang wanita serta dua lelaki masing-masing berusia 25,26 dan 29 tahun.

"Turut ditahan bersama juga ialah menantu lelaki berusia 26 tahun, dua anak saudara iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun serta seorang wanita berusia 33 tahun dan adik kepada bapa keluarga tersebut yang berusia 55 tahun,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini sambil menyatakan operasi bermula 10.30 malam hingga 4 pagi tadi.

Mazlan berkata, secara keseluruhan dari 27 individu yang ditahan seramai 23 orang ialah lelaki serta empat wanita yang berumur dari 13 hingga 60 tahun termasuk seorang warga asing Indonesia dengan lokasi kawasan operasi di Taman Desa Senadin dan Kampung Wireless.

Menurutnya lagi, kesemua disiasat dibawah seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998 dan untuk warga asing tersebut melibatkan seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.- Bernam

Artikel Berkaitan: