Warga Afghanistan ugut bunuh tiga pengawal keselamatan UIAM

No Image Caption
A
A
A

GOMBAK - 'Saya akan bunuh awak, saya dari Afghanistan, jika awak datang lagi, saya akan bunuh awak'.

Itu ugutan bunuh yang diterima tiga pengawal keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini ketika sedang bertugas menjaga dan mengiring seorang bekas pelajar universiti itu yang baharu diberhentikan kerana kesalahan dadah.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kejadian berlaku sekitar jam 2.30 petang semalam di sebuah bilik asrama lelaki UIAM Gombak ketika pengawal keselamatan bertugas mengiring suspek keluar dari bilik tersebut kerana telah diberhentikan pengajian atas kesalahan ujian air kencing positif dadah jenis ganja.

Menurutnya, suspek mengugut hendak membunuh mangsa dan sebelumnya warganegara Afganistan berusia 27 tahun itu telah bertindak ganas dengan mengacukan pisau dan sebatang besi kepada pengawal keselamatan itu.

"Suspek kemudian ditahan polis untuk direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan.

Samsor menambah, polis sedang melengkapkan siasatan dan kes akan dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya dengan kadar segera.

Artikel Berkaitan: