Bayi perempuan 'kepala tiga' lahir di India

Seorang bayi perempuan 'berkepala tiga' dilahirkan di India. - Foto Mediadrumimages/Newslions
Seorang bayi perempuan 'berkepala tiga' dilahirkan di India. - Foto Mediadrumimages/Newslions
A
A
A

UTTAR PRADESH - Kelahiran seorang bayi perempuan 'berkepala tiga' membingungkan para doktor di India.

Ahli keluarga dikatakan terkejut susulan kelahiran luar biasa pada Khamis lalu.

Ibu bayi berkenaan dimasukkan ke sebuah pusat kesihatan di daerah Etah, Uttar Pradesh selepas mengalami kesakitan melampau ketika mahu bersalin.

Namun, saudara-mara dan para doktor terkejut apabila wanita tersebut melahirkan seorang bayi 'berkepala tiga'.

Bayi perempuan itu memiliki dua 'benjolan' besar yang terbentuk dari belakang kepalanya, satu kecacatan kelahiran dikenali sebagai 'encephaloceles'.

Wanita yang tidak mengalami sebarang komplikasi ketika mengandung itu kemudian dirujuk ke Hospital Daerah Etah.

Doktor berkata, mereka akan menjalankan imbasan MRI bagi menentukan punca keabnormalan itu.

“Kami akan menjalankan imbasan MRI dan melakukan pembedahan untuk memisahkan 'kepala' terbabit," kata Rajesh Thakur, Ketua Superintenden Perubatan Hospital Daerah Etah.

Artikel Berkaitan:

Walaupun ia jarang berlaku, laporan mengatakan terdapat bayi dilahirkan dengan lebih satu kepala, terutama di negara Afrika. - Agensi