UMNO ucap terima kasih kerana kerjasama erat Pas

Zahid (empat, kiri) bergambar bersama Ahmad (tengah) semasa membuat kunjungan hormat di JKR10, di sini hari ini. - Foto FB MENTERI BESAR KELANTAN
Zahid (empat, kiri) bergambar bersama Ahmad (tengah) semasa membuat kunjungan hormat di JKR10, di sini hari ini. - Foto FB MENTERI BESAR KELANTAN
A
A
A

KOTA BHARU - UMNO merakamkan penghargaan kepada Pas Kelantan kerana memberi kerjasama yang cukup erat sehingga ke peringkat akar umbi.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan kerjasama yang makin erat, maka tumpuan utama kini adalah untuk kukuhkan perjuangan bersama dengan parti Islam itu.

“Pertemuan hari ini telah diaturkan oleh UMNO Kelantan dan Pas Kelantan sempena kedatangan saya ke Kelantan kali ini. Tiada perkara serius yang kami bincangkan dan santai sahaja.

“Dari segi kerjasama, antara UMNO dan Pas Kelantan, sebagaimana yang kita ketahui, ia amat erat, bukan hanya negeri, tapi peringkat akar umbi. Kita ucapkan terima kasih kepada kepimpinan Pas yang menerima baik pemimpin UMNO negeri.

“Kita harap ini adalah atau titik permulaan untuk raih kejayaan bersama nanti,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, beliau meluangkan masa membuat kunjungan hormat kepada ke atas Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di JKR 10, di sini hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai keretakan yang berlaku dalam PKR, beliau menegaskan, UMNO tidak pernah terfikir untuk mengambil kesempatan ke atas kelemahan atau keretakan parti lain.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, ketika ditanya mengenai penjenamaan semula nama kerjasama antara Pas dan UMNO, beliau juga mengulangi apa yang telah dinyatakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa perkara tersebut akan diumumkan dalam satu majlis nanti.

Artikel Berkaitan:

“Kita akan umum apabila tiba masanya. Nama harus dibawa ke peringkat tertentu untuk kita muktamadkan.

“(Pembahagian kerusi) masih terlalu awal lagi untuk kita bincangkan, peringkat ‘taawun siyasi’ (kerjasama politik) merupakan satu kerjasama dan telah dipahat dalan piagam yang akan ditandatangi bersama.

“Dan terjemahan daripada piagam itulah akan dibawa ke peringkat ‘tahaluf siyasi’ (pakatan politik) di mana ketika itu perkara mikro akan dibincangkan,” katanya.