Guru wanita diburu sindiket wang haram

Mohd Wazir Mohd Yusof
Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A
A

KUANTAN - Gara-gara meminjam wang daripada ah long, seorang guru wanita menerima akibat buruk apabila diganggu dan diburu sindiket pinjaman wang haram tersebut.

Guru berusia 39 tahun itu turut dimalukan apabila gambarnya ditampal di kawasan awam termasuk di tiang perhentian bas dan pondok telefon berhampiran tempat kerjanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada Disember 2017 mangsa membuat pinjaman sebanyak RM10, 000 di pejabat syarikat pinjaman tanpa lesen itu yang berada di bandar Kuantan.

Menurutnya, mangsa hanya menerima RM8,600 sahaja setelah ditolak yuran guaman dan bersetuju membayar RM1,200 sebulan selama 38 bulan.

"Kad Bank Islam milik mangsa diambil oleh lelaki yang mewakili syarikat berkenaan untuk urusan pembayaran secara bulanan.

"Bayaran pertama dibuat pada Januari 2018 sehingga Mac 2019 berjumlah RM18,000," katanya.

Beliau berkata, bermula April 2019, mangsa tidak lagi membuat pembayaran dan telah menahan kad bank yang diberikan kepada lelaki tersebut.

"Sejak itu, mangsa mula diganggu menerusi telefon. Gambarnya ditampal di merata tempat dan diletak tanda ringgit.

Artikel Berkaitan:

"Turut ditulis pada gambar ialah 'hutang tak bayar dan penipu'. Bimbang keselamatan dirinya, guru berkenaan membuat laporan polis," katanya.