Arab Saudi sedia tempatkan tentera AS di negaranya

AS dilaporkan sedang membina kekuatan tentera di Arab Saudi bagi meningkatkan keselamatan di rantau Teluk susulan ketegangan dengan Iran.
AS dilaporkan sedang membina kekuatan tentera di Arab Saudi bagi meningkatkan keselamatan di rantau Teluk susulan ketegangan dengan Iran.
A
A
A

RIYADH - [DIKEMASKINI] Arab Saudi mengambil keputusan menempatkan pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) di negaranya sebagai langkah kerjasama dengan Washington bagi meningkatkan keselamatan serantau, lapor kementerian pertahanan di saat ketegangan memuncak di Asia Barat.

"Berdasarkan kerjasama antara Arab Saudi dan Amerika Syarikat serta hasrat untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan rantau ini berkenaan, Raja Salman memberi perkenan untuk menempatkan pasukan tentera AS," kata seorang jurucakap kementerian dipetik agensi berita rasmi, SPA.

Tentera AS pernah beroperasi selama 12 tahun di Arab Saudi bermula dengan operasi 'Desert Storm' pada tahun 1991 apabila Iraq menyerang Kuwait, dan mengundurkan pasukannya pada tahun 2003 susulan tamatnya perang.

Sejumlah 200 pesawat ditempatkan di Pengkalan Udara Prince Sultan ketika kemuncak perang Iraq dan kira-kira 2,700 misi sehari dijalankan oleh ibu pejabat di Arab Saudi.

Namun, hubungan kedua-dua negara mengalami rintangan sepanjang kerjasama selama 12 tahun terutama susulan serangan 11 September 2001 di New York.

Dalam pada itu, tekanan semakin memuncak di Teluk apabila Iran berkata ia merampas sebuah kapal Britain di Selat Hormuz Jumaat lalu, sementara Presiden Donald Trump mendakwa tentera AS telah menembak dron milik Iran yang mengancam kapal lautnya, Teheran bagaimanapun menafikan dakwaan terbabit. - AFP

Artikel Berkaitan: