Harimau terjejas banjir tumpang tidur di atas katil

Harimau tersebut dipercayai tidur sepanjang hari kerana terlalu penat.
Harimau tersebut dipercayai tidur sepanjang hari kerana terlalu penat.
A
A
A

NEW DELHI - Seekor harimau di India ditemukan sedang 'berehat' di atas katil di sebuah rumah penduduk.

Ia dipercayai melarikan diri dari Taman Negara Kaziranga di Assam di mana 92 haiwan ditemukan mati akibat banjir teruk sejak beberapa hari lalu.

Pegawai daripada kumpulan pemeliharaan hidupan liar tiba di kediaman tersebut untuk mengusirnya keluar dan dibawa menuju ke hutan.

Menurut Tabung Amanah Hidupan Liar India (WTI), harimau itu dilihat pertama kali bersebelahan lebuh raya pada pagi Khamis terletak kira-kira 200 meter dari taman negara tersebut.

Ia mungkin terganggu dengan jalan sibuk itu dan kemudiannya berlindung di sebuah rumah berhampiran jalan raya tersebut.

Ketua operasi itu, Rathin Barman berkata, harimau tersebut dipercayai tidur sepanjang hari kerana terlalu penat.

Pemilik rumah itu, Motilal keluar dari rumah tersebut bersama keluarganya sejurus haiwan itu memasuki kediaman mereka.

"Tiada siap mengganggu harimau itu bagi membolehkannya berehat. Penduduk sangat menghormati hidupan liar di wilayah ini.

Artikel Berkaitan:

Motilal memberitahu dia akan menyimpan cadar dan bantal yang menjadi tempat istirehat haiwan itu," kata Barman. - Agensi