Azmin tidak hadir pemukiman PKR di PD

Dr Mahathir berucap pada program pemukiman PKR di Port Dickson. -Foto Sinar Harian
Dr Mahathir berucap pada program pemukiman PKR di Port Dickson. -Foto Sinar Harian
A
A
A

PORT DICKSON - Pergeseran dua kem dalam PKR bertambah ketara apabila Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya tidak kelihatan pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR Sesi 2018/2021 di Port Dickson malam ini.

Selain Azmin, antara yang tidak kelihatan ialah Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua dan Ali Biju.

Mereka merupakan antara mereka yang menandatangani kenyataan menegur Anwar kerana menggesa Azmin meletak jawatan jika video intim dikaitkan dengan seorang menteri terbukti sahih.

Majlis temu rapat majlis pimpinan pusat PKR itu turut dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Anwar Ibrahim.

Kehadiran Dr Mahathir diraikan Anwar dan bekas Presiden, Dr Wan Azizah Ismail, bersama Naib Presiden Xavier Jayakumar dan Ketua Penerangan, Shamsul Iskandar Md Akin.

Artikel Berkaitan: