Wanita cedera di Gunung Berembun

Wanita berusia 48 tahun yang cedera dibantu anggota bomba turun dari Gunung Berembun.
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Seorang wanita cedera ketika mendaki di Gunung Berembun di sini dibantu anggota bomba untuk bawa turun dari gunung itu hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 48 tahun tersebut dipercayai tergelincir dan mengalami kecederaan di bahagian pinggang.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, lapan anggota bersama Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands bergerak ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk membawa turun mangsa.
Anggota bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk membawa turun mangsa.

"Anggota bomba membawa mangsa turun menggunakan pengusung dan memberi rawatan awal dengan memasang lower spring.

"Bomba ambil masa kira-kira dua jam untuk bawa turun mangsa sebelum dhantar ke Hospital Cameron Highlands menaiki kenderaan EMRS," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia