Fama agensi kerajaan pertama sokong Food Bank Malaysia

Saifuddin Nasution ketika menunjukkan makanan yang disumbangkan untuk program Food Bank Malaysian di pasar tani Putrajaya di sini hari ini.
Saifuddin Nasution ketika menunjukkan makanan yang disumbangkan untuk program Food Bank Malaysian di pasar tani Putrajaya di sini hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) muncul agensi kerajaan pertama yang menyokong program Food Bank Malaysia dengan menjadikan pasar tani sebagai penyumbang lebihan makanan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beberapa pasar tani terpilih di Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menjadi perintis bagi projek berkenaan sebelum ia diperluas ke seluruh negara.

"Program ini telah diperkenal sebagai salah satu inisiatif KPDNHEP membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan bantuan bekalan makanan daripada lebihan makanan.

"Konsep program ini juga adalah untuk menyelamatkan lebihan makanan yang masih boleh dimakan melalui pengumpulan daripada penyumbang iaitu pasar raya, pengilang, pengusaha makanan, hotel dan syarikat korporat.

"Makanan yang telah dikumpul kemudiannya akan diagihkan kepada kumpulan sasaran yang telah dikenal pasti daripada keluarga miskin dan kurang upaya, rumah-rumah kebajikan, pusat bantuan makanan, badan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar universiti yang kurang berkemampuan," katanya.

Beliau berkata demikian katanya pada sidang media sebaik selesai majlis pelancaran Progrqm Food Bank Malaysia @ Pasar Tani Putrajaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 500 kilogram sumbangan makanan yang telah dikumpulan hari ini serta akan diagihkan kepada dua rakan strategik Food Bank Malaysia iaitu Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen.

Sumbangan itu adalah hasil kutipan daropada Pasar Tani Kekal Selayang dan My Farm Outlet Putrajaya.

Artikel Berkaitan: