Semua Exco boleh hadiri Sidang DUN

Datuk Ngeh Koo Ham
Datuk Ngeh Koo Ham
A
A
A

IPOH - Semua Exco Kerajaan Perak boleh menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung bermula pada 23 Julai depan walaupun Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak ditangguhkan.

Speaker DUN Perak Datuk Ngeh Koo Ham berkata, pelantikan seseorang Exco dilakukan untuk sepenggal dan sebarang upacara atau majlis mengangkat sumpah setiap tahun hanya sekadar memperbaharui komitmen terhadap jawatannya.

Katanya, daripada sudut undang-undang, pelantikan seseorang ADUN sebagai Exco kerajaan negeri sah selama satu penggal.

"Tempoh lantikan Exco sah sehingga lima tahun melainkan dia dilucutkan atau meletak jawatan. Sebenarnya, tak jadi isu kerana setiap ADUN, tidak ada siapa yang boleh mempertikaikan haknya untuk hadir Sidang DUN kerana mereka dipilih oleh rakyat.

"ADUN ini dipilih oleh rakyat walaupun parti tidak suka dia atau keluar parti pun dia masih ADUN dan boleh hadir Sidang DUN seperti biasa," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bilik Sidang Media DUN Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Istiadat angkat sumpah Exco Perak ditunda

Terdahulu, Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perak yang dijadualkan berlangsung pada 11 Julai lalu ditunda selepas dimaklumkan oleh Pejabat Istana Sultan Perak dalam satu kenyataan ringkas kepada media.

Beliau berkata, ADUN-ADUN tidak boleh hadir Sidang DUN jika didapati bankrap atau terdapat perkara-perkara lain yang boleh melucutkan haknya sebagai wakil rakyat daripada segi undang-undang.

Ditanya sama ada Sidang DUN kali ini akan hangat disebabkan siasatan yang dijalankan ke atas dua Exco, Koo Ham menganggap ia bergantung kepada keadaan.

Artikel Berkaitan:

Namun katanya, siasatan ke atas dua Exco itu bukanlah isu besar di dalam Sidang DUN kerana beliau sebagai peguam melihat isu itu daripada sudut fakta dan kebenaran.

Katanya, keutamaan perbahasan dalam Sidang DUN kali ini adalah berkaitan usul dan beberapa pembentangan yang akan dibuat melibatkan Dewan Negeri dan jawatankuasa Dewan, bukan berkaitan isu tuduhan atau dakwaan terhadap Exco.

Sebelum ini, dua Exco Kerajaan Perak, Paul Yong dan Abdul Yunus Jamhari sedang disiasat pihak polis berkaitan laporan polis yang dikemukakan terhadap mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:

Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah

Exco bocor minit mesyuarat demi habuan

Sidang DUN Perak akan bermula pada 23 Julai depan dan dijadualkan berakhir pada 25 Julai 2019.