Bayar sewa tapi tak berniaga

Sivanesan menegur peniaga yang menjadikan lot gerai kosong sebagai stor simpanan mereka dan bukan untuk meletak barang jualan.
Sivanesan menegur peniaga yang menjadikan lot gerai kosong sebagai stor simpanan mereka dan bukan untuk meletak barang jualan.
A
A
A

BIDOR - Tindakan segelintir peniaga Pasar Awam Bidor yang membiarkan lot gerai disewa itu kosong menyewa dilihat mementingkan diri sendiri kerana menutup peluang peniaga lain.

Tinjauan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A. Sivanesan bersama Majlis Daerah Tapah ke Pasar Awam Bidor mendapati lebih 40 peratus daripada 125 gerai dijadikan stor.

Sivanesan berkata, peniaga menyalahgunakan perkhidmatan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membantu golongan B40 mencari pendapatan.

"Saya menerima aduan sekumpulan peniaga membayar sewa bulanan tetapi tidak berniaga dan ada yang menyewakan kepada pihak ketiga dengan harga lebih mahal mencesah RM100 sebulan.

"Pasar Awam Bidor ini dikenakan sewa antara RM20 hingga RM40 sebulan mengikut jenis perniagaan.

Menurutnya pemeriksaan juga mendapati peniaga menyewa tiga hingga empat lot gerai namun hanya menggunakan satu atau dua sahaja untuk berniaga.

Justeru katanya, lot kedai yang tidak digunakan akan ditarik balik dan pemilik yang melanggar syarat akan diberi notis.

Sivanesan berkata, pasar awam itu akan dibaik pulih dan kerajaan sudah membelanjakan RM40,000 bagi mengelakkan tempias hujan di samping pembinaan meja baharu yang lebih kemas.

Artikel Berkaitan: