Raja Muda Selangor berkampung di Gombak

Tengku Amir bersalaman dengan penduduk kampung yang menyambut kedatangannya sewaktu melawat Kampung Changkat dan Kerdas, Rabu lalu.
Tengku Amir bersalaman dengan penduduk kampung yang menyambut kedatangannya sewaktu melawat Kampung Changkat dan Kerdas, Rabu lalu.
A
A
A

GOMBAK - [DIKEMASKINI] Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan bersiar-siar dengan menunggang motosikal masuk kampung dalam program Jelajah Daerah Gombak bersama Orang-Orang Besar Istana, Rabu lalu.

Program selama tiga hari yang berakhir hari ini adalah kali kedua diadakan selepas Kuala Langat Februari lalu.

Baginda menunggang sendiri motosikal, meluangkan masa kira-kira 30 minit bertemu rakyat di Kampung Changkat dan Kampung Kerdas serta Sungai Batu.

Tengku Amir menunggang motosikal menuju Kampung Changkat dan Kerdas sempena Jelajah Daerah Gombak bersama Orang-Orang Besar Istana.
Tengku Amir menunggang motosikal menuju Kampung Changkat dan Kerdas sempena Jelajah Daerah Gombak bersama Orang-Orang Besar Istana.

Lawatan baginda diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham; Orang Besar Daerah (OBD) Gombak, Tan Sri Wan Mahmud Pa' Wan Teh dan Pegawai Daerah Gombak, Datuk Amirul Azizan Abdul Rahim.

Usai bersiar-siar, baginda beriadah dengan mendaki 272 anak tangga di kuil Batu Caves.

Turut mengisi jadual hari pertama lawatan adalah berkebun di Kebun Komuniti AU Keramat dengan mencuba sendiri menanam padi, menabur benih ikan keli, menanam pokok serta mengacau dodol.

Artikel Berkaitan:

Tengku Amir memimpin Orang Besar Daerah Gombak, Wan Mahmud ketika meninjau Sungai Batu pada hari pertama program.
Tengku Amir memimpin Orang Besar Daerah Gombak, Wan Mahmud ketika meninjau Sungai Batu pada hari pertama program.

Lawatan baginda diteruskan pada hari kedua dengan meninjau Rawang Bypass dan Institut Kraf Negara, diikuti ke Kampung Orang Asli Ulu Kuang.

Baginda menunaikan solat Zohor di Masjid Al-Hikmah Batu 20 sebelum berangkat ke tapak warisan Batu Arang yang menempatkan White House, terowong batu arang dan air shaft.

Hari terakhir lawatan baginda hari ini, Tengku Amir berkenan melawat kilang Adabi dan putu bambu serta Hidayah Bakery yang merupakan produk ikonik di Gombak.

Baginda diiringi Menteri Besar, Amirudin Shari menunaikan solat Jumaat di Masjid Amaniah sebelum berangkat pulang ke Istana Mestika.