Tinggalan masjid purba dijumpai di Bedouin

Tinggalan antara masjid tertua dunia.
Tinggalan antara masjid tertua dunia.
A
A
A

RAHAT - Pakar kaji purba di Israel telah menemui tinggalan antara masjid tertua dunia.

Menerusi laporan, Reuters, Penguasa Kepurbaan Israel (IAA) menganggarkan bahawa masjid itu dibina sekitar abad ketujuh atau kelapan.

Masjid itu ditemukan ketika persiapan bagi projek binaan baru di Bedouin, di kawasan padang pasir Negev di Israel.

Terdapat beberapa masjid besar yang dibina pada zaman itu di Baitulmakdis dan Makkah, namun jarang ada masjid purba begini yang jemaahnya mungkin terdiri daripada petani tempatan, kata IAA.

Tinggalan itu berbentuk segi empat, dengan mihrab yang menghadap ke arah Makkah.

“Ini antara masjid terawal selepas ketibaan Islam di Israel, selepas penaklukan Arab pada 636 C.E.

“Penemuan kampung dan masjid di kawasan ini merupakan sumbangan besar kepada pengajian sejarah negara ini pada zaman itu,” kata Gideon Avni daripada IAA. - Reuters

Artikel Berkaitan: