Dadah bernilai hampir RM90,000 dirampas

Dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Nusa Bayu, Gelang Patah malam tadi.
Dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Nusa Bayu, Gelang Patah malam tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM87,619.40 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Nusa Bayu, Gelang Patah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, empat suspek termasuk seorang remaja perempuan turut ditahan.

“Terdapat empat suspek semasa serbuan dilakukan di rumah berkenaan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia 18 hingga 38 tahun.

“Pemeriksaan lanjut dalam rumah itu kemudiannya menemui satu peket plastik syabu, satu peket ganja, dua biji pil erimin 5, dua pil yaba dan satu peket plastik lut sinar dadah syabu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, sejumlah dadah juga ditemui dalam sebuah kereta dipercayai milik remaja wanita yang diberkas dalam serbuan berkenaan.

“Dadah yang ditemui dalam kereta adalah syabu seberat 246.74 gram (g), heroin (510.20g), erimin 5 (93.1g), ecstasy (1.117 biji) dan serbuk ecstasy (80.4g).

“Kesemua tangkapan dan barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, saringan ujian air kencing yang dijalankan bagaimanapun mendapati kesemua mereka negatif pengaruh dadah.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kesemua suspek kini diarahkan menjalani perintah reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 24 Julai.