Yatt syukur suami dapat pulang selepas ditahan tentera Israel

Yatt Hamzah bersama keluarganya.
Yatt Hamzah bersama keluarganya.
A
A
A

SELEBRITI, Yatt Hamzah melahirkan rasa syukur apabila suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 27 dan beberapa rakan artis dimaklumkan telah berlepas pulang ke tanah air setelah ditahan tentera Israel di pintu Rafah, Mesir malam tadi.

Menurut Yatt, mula-mula dia cemas dan panik kerana tidak tahu apa yang berlaku ketika mereka semua ditahan di sana.

"Hati kuat mengatakan semuanya akan ok. Firasat saya semuanya akan baik-baik sahaja. Saya percaya dan bergantung pada ALLAH 100 peratus.

"Alhamduliah malam ini mereka akan pulang ke tanah air dan saya sangat bersyukur. Terima kasih ALLAH," ujarnya.

Yatt Hamzah bersama keluarganya.
Yatt Hamzah bersama keluarganya.

Sebagai tanda kesyukuran, malam ini akan diadakan sambutan kepulangan Misi Kemanusiaan MAPIM Malaysia bersama wakil Kementerian Luar Negeri ke Gaza, Palestin.

Kumpulan misi kemanusiaan ini dijangka tiba sekitar jam 10.10 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Sebelum ini Mohammad Zulfadhli, Heliza, Hazwani, kakitangan MAPIM dan pengamal media menyertai misi kemanusiaan #wakeupforGaza bagi membantu rakyat Palestin pada 8 Julai lalu.

Artikel Berkaitan: