X

Kindly register in order to view this article
!

PBB hantar makanan ke Yaman

Seorang wanita mendukung anaknya yang dirawat di sebuah klinik akibat kekurangan zat disebabkan konflik berterusan di Yaman.
A
A

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Program Makanan Sedunia (WFP) telah mencapai kesepakatan dengan pemberontak Houthi untuk meneruskan bantuan makanan ke kawasan yang dikawal kumpulan itu di Yaman.

Ketua WFP, David Beasley berkata, perjanjian baharu itu membolehkan makanan segera dihantar ke ibu kota Sanaa yang dikepung pemberontak, meskipun kedua-dua pihak belum menandatangani perjanjian secara formal.

PBB telah menggantung penghantaran bantuan makanan ke kawasan dikuasai pemberontak bulan lalu berikutan tuduhan 'pengalihan makanan.'

Pertempuran antara pemberontak Houthi yang disokong Iran dan pasukan kerajaan yang dibantu tentera pakatan diketuai Arab Saudi telah meragut nyawa puluhan ribu orang yang kebanyakannya orang awam.

Konflik itu juga memaksa kira-kira 3.3 orang meninggalkan kediaman mereka dan menjadi pelarian. - AFP


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!