Tiada dron Iran hilang di Teluk Parsi

Trump mendakwa kapal perang AS, USS Boxer tembak jatuh dron Iran di Selat Hormuz.
Trump mendakwa kapal perang AS, USS Boxer tembak jatuh dron Iran di Selat Hormuz.
A
A
A

TEHERAN - Iran berkata tiada dronnya hilang di Teluk Parsi sekali gus menolak dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa angkatan tentera lautnya telah menembak jatuh sebuah pesawat tanpa pemandu milik republik Islam itu di Selat Hormuz semalam.

Trump semasa bercakap kepada pemberita di Rumah Putih berkata, USS Boxer memusnahkan dron Iran selepas ia mengancam keselamatan krew kapal perang tersebut.

Katanya, dron tersebut meluncur laju pada jarak kira-kira 1,000 meter tanpa menghiraukan amaran untuk mengubah haluan.

"Kami tidak menerima sebarang laporan mengenai kehilangan dron di Selat Hormuz atau di mana-mana.

"Saya bimbang USS Boxer mungkin tersilap tembak dron sendiri," kata Timbalan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Araqchi di Twitter.

Seorang jurucakap Angkatan Tentera Iran hari ini turut menolak dakwaan karut Trump tersebut sambil menuduh Presiden AS itu sengaja mencetuskan ketegangan dan mengganggu keselamatan di perairan strategik. - Agensi

Artikel Berkaitan: