Kerjasama Pas-Umno ada nama sendiri

 Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
A
A
A

KOTA BHARU - Pas membayangkan akan ada nama baharu bakal digunakan untuk melambangkan kerjasama antara parti itu dan Umno.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, nama tersebut akan diumumkan dalam satu majlis yang akan dimaklumkan nanti.

"Pada dasarnya kita terima bahawa perlunya penjenamaan baru dan kita akan umumlah nanti, akan ada majlis besar dengan suasana berbeza selepas piagam (diputuskan).

"Selepas tandatangan piagam dibuat, setiap parti akan bawa kepada (sekutu) masing-masing, macam UMNO bawa kepada BN dan Pas bawa kepada Gagasan Sejahtera supaya semua pihak tahu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status piagam Umno-Pas yang sebelum ini didakwa akan dimeterai bulan ini.

Menurutnya, penjenamaan itu melibatkan beberapa pihak lain termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada itu, Tuan Ibrahum berkata, selepas muktamar baru-baru ini wujud jawatankuasa baharu dalam Pas dan pihaknya baru sahaja memberi taklimat memandangkan ada perubahan berlaku dalam jawatankuasa induk piagam itu.

"Sebahagian daripada ahli jawatankuasa dilantik mengikut jawatan dalam parti dan bila wujud pertukaran jawatan, maka mereka perlu membuat pengambilan ahli baharu.

Artikel Berkaitan:

"Oleh kerana ada perubahan perjawatan kita minta kepada Umno untuk tangguh dahulu, kita akan beri taklimat perkembangan piagam kepada jawatankuasa yang baharu dan buat pengesahan pelantikan, jadi biar kita tangguh dulu," katanya.

Menurutnya, kedua-dua parti itu sepakat untuk untuk meterainya pada September ini iaitu selepas mesyuarat dan perhimpunan agung UMNO namun masih belum diputuskan lagi tarikh sebenar.