'Tak suka, tak perlu ada dalam UMNO'

Mohamad menyempurnakan gimik perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2019 di Dewan Komuniti Kuala Berang, Hulu Terengganu, malam tadi.
Mohamad menyempurnakan gimik perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2019 di Dewan Komuniti Kuala Berang, Hulu Terengganu, malam tadi.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Mana-mana pemimpin dan anggota yang tidak lagi menyenangi UMNO serta mempunyai agenda peribadi diingatkan untuk tidak berada dalam parti.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, pihaknya menegaskan bahawa UMNO ketika ini memerlukan 'pejuang' yang benar-benar komited ke arah pengukuhan semula parti dan menjayakan misi UMNO.

"Kalau tak suka, tak payah ada dalam parti...tak ada siapa yang memaksa, ini bukan satu paksaan dan ini satu kerja untuk kita meneruskan perjuangan dari dulu.

"Sekarang, kita berada di zaman zon kita, kita mesti menjalankan tugas nanti diambil alih oleh orang muda pula, pelapis kita. UMNO parti perjuangan orang Melayu dan akan terus jadi landasan serta wadah kepada perjuangan orang Melayu.

"Kalau kita seorang pejuang, kalau kita tahu ertinya perjuangan, kita tak akan bergaduh...kita akan bersama, bersekutu dan bersatu-padu bersedia untuk menjayakan perjuangan kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2019 di Dewan Komuniti Kuala Berang, di sini malam tadi.

Hadir sama Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat.

Dalam masa sama, Mohamad turut menggesa semua pihak mengetepikan agenda peribadi dan meletakkan kepentingan perjuangan sebagai asas kepada gerak kerja selain bekerja sebagai satu pasukan.

Artikel Berkaitan:

"Menang PRU15 merupakan fokus kita, bukannya cerita kecil-kecil...tutup medan perang kecil-kecil hadapi medan perang yang besar iaitu berhadapan dengan PRU15 akan datang," ujarnya.