Anwar sepatutnya lebih ‘lunak’

Ab Aziz
Ab Aziz
A
A
A

KOTA BHARU - Ketika PKR diserang dengan tohmahan, Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya bertindak sebagai nahkoda yang mampu mengawal bahtera daripada terus dibadai ombak.

Ketua Cabang PKR Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir berkata, Anwar sepatutnya mengeluarkan kenyataan secara ‘lunak’ dan tidak terjerat dengan soalan media.

Terutama katanya jika ia menyentuh isu yang dikaitkan dengan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kenyataannya melihatkan parti umpama berada dalam krisis.

“Saya berasa sangat kecewa dengan kenyataan Ahli Parlimen Port Dickson itu kerana boleh mengundang spekulasi sehingga mengeruhkan lagi keadaan.

“Lebih matang jika Anwar mengambil pendekatan menunggu keputusan daripada pihak berkuasa dan hanya mengeluarkan pendapat setelah memperoleh hasil penyiasatan daripada pihak berkuasa,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Pengerusi Penggerak Nasional negeri ini berkata, ahli dan pemimpin akar umbi melihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja yang membela Azmin namun berbeza dengan pendekatan yang dilakukan Anwar.

Katanya, semua pihak sedang memerhati tingkah dan keputusan yang dibuat oleh Anwar dan ia akan memberi impak yang besar terhadap kelangsungan politik tanah air.

“Presiden boleh diibaratkan seperti bapa keluarga, beliau yang mampu mencipta keharmonian keluarga namun kegagalannya boleh mempengaruhi kebahagian keluarga tersebut,” katanya.

Artikel Berkaitan: