Empat PIBG bergabung anjur program

Jawatankuasa PIBG dari empat sekolah bergabung bagi mengukuhkan kerjasama di bawah PPIBG TBR.
Jawatankuasa PIBG dari empat sekolah bergabung bagi mengukuhkan kerjasama di bawah PPIBG TBR.
A
A
A

BUKIT BERUNTUNG - Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dari empat sekolah di Taman Bunga Raya (TBR) bergabung di bawah nama Permufakatan PIBG TBR bagi menjalinkan kerjasama melaksanakan program.

PIBG tersebut melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bunga Raya (1), Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya 1, SK Taman Bunga Raya 2 dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Taman Bunga Raya.

Program sulung anjuran permufakatan itu diadakan dengan menampilkan pakar motivasi terkenal, Dr Shukri Abdullah yang berjaya menarik kehadiran lebih 200 ibu bapa di taman perumahan itu.

Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Zon 21, Khairul Azhari Saut berkata, inisiatif mewujudkan satu badan permuafakatan antara PIBG sekolah akan mempermudahkan pelaksanaan pelbagai program secara bersama.

"Kolaborasi yang terjalin memberi manfaat kepada pelajar dan ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu serta cemerlang di kawasan berkenaan.

"Apabila wujud kerjasama sebegini, lebih banyak program dapat dianjurkan dan pelajar di setiap sekolah dapat mengikutinya," katanya ketika merasmikan program bual bicara anjuran PPIBG TBR semalam.

Sementara itu, Yang Di Pertua PIBG SMK Taman Bunga Raya (1), Sharizal Subhi berkata, program motivasi ibu bapa terbaik, bagaimana dan cabarannya memberi peluang kepada ibu bapa berkongsi ilmu serta tip mendepani cabaran berkaitan pendidikan anak.

Artikel Berkaitan: