MCTC konsisten desak kerajaan haramkan vape

Video tular menunjukkan seorang individu menghisap vape berbentuk seperti jam tangan.
Video tular menunjukkan seorang individu menghisap vape berbentuk seperti jam tangan.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan yang tidak mengharamkan vape meskipun setelah didesak berulang kali menyebabkan wujudnya rokok elektronik dalam pelbagai bentuk malah mirip seutas jam tangan seperti yang tular baru-baru ini.

Setiausaha Agung Setiausaha Agung Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Muhammad Shaani Abdullah berkata, MCTC konsisten dengan pendirian mereka agar vape diharamkan.

Menurutnya, apabila ‘ancaman’ sebegitu tidak dihapuskan maka terbukalah peluang untuk golongan tertentu menghasilkan rokok elektronik mengkhususkan kepada remaja pula.

“Kerajaan harus ambil berat dengan isu ini. Kita dapati golongan remaja terdedah dengan kegiatan penagihan dadah atau penyalahgunaan dadah.

“Jadi, kami fikir ini mungkin boleh menjadi salah satu punca untuk tersebarnya amalan penagihan dalam kalangan remaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Hari ini, satu video tular dalam media sosial menunjukkan seorang lelaki dipercayai berusia belasan tahun menggunakan vape yang pada asalnya berbentuk seperti jam tangan.

Video berdurasi lebih 30 saat itu menunjukkan seorang lelaki memegang jam tangannya sebelum mengeluarkan vape dari jam tangan tersebut sebelum menghisapnya.

Video tersebut pantas dikongsi warganet yang bimbang rokok elektronik terbaru itu akan menjadi rebutan golongan muda terutamanya pelajar sekolah.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Muhammad Shaani berkata, beliau berharap kerajaan membatalkan keputusan kerajaan pada 2016 berkaitan vape yang bercanggah dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia pada waktu itu.

“Jadi harap semua media harus tonjolkan isu ni supaya kerajaan batalkan keputusan menteri pada 2016 yang membuat keputusan berkenaan kawal selia vape.

“Mereka patut membatalkan keputusan itu dan mengharamkan vape,” ujarnya.