Wanita maut jatuh dari tingkap ketika lakukan hubungan intim

Pasangan wanita itu terselamat kerana menghempap tubuh mangsa selepas kedua-duanya terjatuh dari tingkat sembilan sebuah flat di Rusia.
A
A

MOSCOW - Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah flat di Rusia ketika sedang melakukan hubungan intim.

Pasangannya bagaimanapun terselamat kerana menghempap tubuh mangsa.

Wanita berusia 30 tahun itu ditemukan terbaring kaku dalam keadaan separuh bogel dari paras pinggang ke bawah di tingkat bawah blok di St Petersburg pada malam 5 Julai lalu.

Saksi mendakwa mereka terlihat televisyen dicampakkan ke luar tingkap selepas mangsa dan pasangannya yang berusia 29 tahun terjatuh ke bawah.

Media tempatan melaporkan wanita itu dipercayai mati di tempat kejadian.

"Lelaki separuh bogel itu didakwa bangkit semula dan kembali menyertai parti yang turut disertai mangsa sebelum insiden tersebut," menurut satu laporan.

Soal siasat ke atas beberapa saksi mendakwa pasangan itu dipercayai mengadakan hubungan intim di tingkap sebelum terjatuh.

Difahamkan, siasatan kes pembunuhan telah dilancarkan. - Agensi


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia