Jangan malu pakai topi keledar

Zulkarnain (dua dari kanan) menyerahkan sijil penghargaan kepada kadet JPJ yang menyertai Karnival Keselamatan Jalan Raya Kadet JPJ Terengganu 2019 semalam.
Zulkarnain (dua dari kanan) menyerahkan sijil penghargaan kepada kadet JPJ yang menyertai Karnival Keselamatan Jalan Raya Kadet JPJ Terengganu 2019 semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Enggan memakai topi keledar kerana rakan tidak berbuat demikian merupakan alasan popular diberikan pelajar sekolah apabila ditahan pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasim berkata, rasa bangga apabila tidak mengikut peraturan jalan raya sebaliknya ‘malu’ sekiranya mematuhinya tidak harus dijadikan budaya dalam kalangan pelajar sekolah.

“Ada sesetengah pelajar apabila nampak kawan-kawan dia tidak memakai topi keledar, dia mula rasa segan, rasa malu nak pakai sebab nak sama dengan kawan-kawan.

"Kita perhatikan kebanyakan mereka yang tidak ikut peraturan itu sebaliknya berbangga dengan tindakan dibuat.

“Ini antara cabaran yang perlu dikekang daripada berterusan. Peranan ibu bapa dan guru diperlukan untuk mendidik dan memupuk kesedaran pelajar,” katanya ketika menghadiri Karnival Keselamatan Jalan Raya Kadet JPJ Terengganu 2019 di sini semalam.

Artikel Berkaitan: