Guru maut, kereta bertembung lori

Keadaan kereta dan lori yang terlibat dalam kemalangan di KM40 Jalan Lipis-Sungai Koyan petang tadi. - Foto ihsan polis
Keadaan kereta dan lori yang terlibat dalam kemalangan di KM40 Jalan Lipis-Sungai Koyan petang tadi. - Foto ihsan polis
A
A
A

LIPIS - Seorang guru maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di KM40 Jalan Lipis-Sungai Koyan di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang tadi, mangsa, Mazlina Abdullah, 38, memandu kereta jenis Perodua Viva bertugas sebagai guru Sains Fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sungai Koyan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.

Ketua Polis daerah, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku semasa pemandu lori dari arah perjalanan dari Kuala Lipis menuju ke ke Sungai Koyan.

No Image Caption

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian di jalan berselekoh, kereta yang dipandu mangsa dari arah bertentangan telah memasuki ke laluan lori secara tiba-tiba menyebabkan berlakunya kemalangan tersebut.

"Akibat kemalangan ini, mangsa tersepit dalam kenderaannya yang remuk dan maut di lokasi kejadian.

"Pemandu lori berusia 49 tahun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.