Pengguna perlu waspada dengan #AgeChallenge

Para selebriti turut berkongsi ‘wajah tua’ mereka menerusi #AgeChallenge.
A
A

NEW YORK - Lebih dua tahun lalu, aplikasi FaceApp yang membolehkan pengguna mengedit gambar untuk tampak lebih muda.

Kini, ia kembali menjadi tular dengan hashtag #AgeChallenge yang menyaksikan para selebriti dan individu berpengaruh di media sosial berkongsi imej ‘tua’ mereka.

Beberapa pihak bagaimanapun mempersoalkan sama ada FaceApp sebenarnya ada muslihat di sebaliknya selepas siri skandal melibatkan pengumpulan data peribadi pengguna media sosial termasuk membabitkan firma perunding politik di London, Cambridge Analytica pada 2018.Wartawan teknologi, Scott Budman mendakwa aplikasi itu tidak memberitahu apa yang ia lakukan dengan imej wajah individu yang menggunakan FaceApp.

Ada juga pihak memberi amaran FaceApp yang dibangunkan syarikat di Rusia itu mungkin memperoleh sejumlah besar data wajah daripada cabaran #AgeChallenge tersebut.

Mei lalu, stesen penyiar NBC melaporkan aplikasi storan foto, Ever menggunakan imej yang dikongsi untuk teknologi pengenalan wajah yang kemudiannya dijual kepada syarikat swasta, penguatkuasa undang-undang dan tentera.

Pada awal tahun lalu, firma pengkomputeran gergasi IBM juga didakwa menggunakan foto Flickr untuk melatih sistem pengenalan wajah tanpa mendapatkan kebenaran pengguna.

Seperti kebanyakan syarikat teknologi lain, FaceApp secara rahsia mengambil maklumat daripada penggunanya dengan cara yang tidak dijelaskan.Aplikasi FaceApp sememangnya percuma, namun secara tidak sedar pengguna sebenarnya telah memberikan maklumat peribadi mereka.- The Independent


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia