Selesaikan segera kes Allahyarham Muhammad Adib

Muhammad Adib
Muhammad Adib
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan perlu segera menyelesaikan kes membabitkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim ekoran rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, Seafield.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, ia dikhuatiri mengundang berlakunya ketidakstabilan dan pertelagahan antara etnik serta agama dalam negara jika tidak ditangani segara.

"Kes itu mesti diselesaikan segera dan tidak boleh dibiarkan kerana rakyat membuka isu lain sebenarnya hinggakan berlaku demonstrasi bukan sahaja di peringkat bandar-bandar besar, tetapi juga di negeri-negeri," katanya Wacana Sinar Harian ke-82 bersama Majlis Profesor Negara bertajuk 'Pengucapan & Jenayah Kebencian: Apa Tindakan Kita?' di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Allahyarham Muhammad Adib meninggal dunia jam 9.41 malam Isnin lalu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur selepas tiga minggu bertarung nyawa.

Dalam kejadian 27 November lalu, Allahyarham cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman.

Allahyarham Muhammad Adib dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira jam 1 pagi sebelum dipindahkan ke IJN keesokan malamnya.

Artikel Berkaitan: