Undang-undang cukup tapi...

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong - Foto UKM
Prof Datuk Dr Teo Kok Seong - Foto UKM
A
A
A

SHAH ALAM - Undang-undang yang diperuntukkan bagi membendung jenayah kebencian di negara ini sudah mencukupi setakat ini.

Namun, menurut Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong penguatkuasaan masih lemah.

"Kita lihat kes-kes melibatkan golongan bangsawan yang diserang dengan kebencian akan cepat diambil tindakan tapi kalau berlaku terhadap golongan murbawan, marhaen, tindakan itu tak nampak.

"Saya sendiri pernah diserang melalui emel Jun 2013 dan buat laporan polis tapi sampai sekarang dah penghujung 2018 tak ada apa. Sebab saya murbawan bukan bangsawan" katanya pada Wacana Sinar ke-82 Pengucapan dan Jenayah Kebencian: Apa Tindakan Kita?, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Beliau sempat berseloroh bahawa menjadi orang baik adalah merugikan di negara ini.

"Undang-undang sedia ada memadai tapi penguatkuasaan tak begitu baik. Kadang-kadang saya rasa di Malaysia ini rugi jadi orang baik.

"Contoh saman trafik hari Jumaat dapat surat, malam tak boleh tidur, Isnin terus pergi bayar tapi yang tak bayar lima tahun dapat diskaun," katanya.

Artikel Berkaitan: