Bangunan lama tersembunyi celah akar pokok

Tung Siong ( dua dari kiri) berdiri di hadapan bangunan lama di sebalik akar pokok yang ditemui di Lorong B20 Pekan Nanas, semalam.
Tung Siong ( dua dari kiri) berdiri di hadapan bangunan lama di sebalik akar pokok yang ditemui di Lorong B20 Pekan Nanas, semalam.
A
A
A

PONTIAN – Sebuah bangunan lama dibina dengan batu-bata ditemui di sebalik akar pokok sewaktu kerja-kerja pembersihan hutan dilakukan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan di Pekan Nanas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas berkata pihaknya dimaklumkan tentang penemuan bangunan lama tersebut dipercayai merupakan sebuah tempat pembakaran sampah yang dibina sekitar tahun 1960-an.

“Bangunan ini tersembunyi dengan saiz yang agak besar di sebalik akar pokok dan ramai yang terkejut dengan penemuan ini.

“Pihak pemaju bersetuju untuk menunggu hasil perbincangan bersama Ahli Majlis Daerah Pontian bagi memelihara bangunan tersebut.

“Saya berharap bangunan tersebut dikekalkan sebagai bahan bersejarah di Pekan Nanas,” katanya di sini semalam.

Bangunan lama di sebalik akar pokok yang ditemui di Lorong B20 Pekan Nanas perlu dikekalkan sebagai bahan sejarah kepada Pekan Nanas.
Bangunan lama di sebalik akar pokok yang ditemui di Lorong B20 Pekan Nanas perlu dikekalkan sebagai bahan sejarah kepada Pekan Nanas.