PPK bantu perkasa ekonomi PeladangNita

Azulita (tiga dari kiri) melakukan gimik penanamam secara fertigasi PPK Tiga Daerah.
A
A

PASIR PUTEH - Lembaga Pertubuhan Peladang (PPK) Malaysia akan membantu memperkasakan 293,847 ahli wanita PPK seluruh negara dengan membangunkan produk berasaskan pertanian yang dihasilkan.

Ketua Pengarah LPP Malaysia, Azulita Salim berkata, simposium khusus untuk PeldangNita itu akan diadakan di Menara LPP di Kuala Lumpur pada 23 Julai nanti.

Katanya, menerusi simposium tersebut, PeladangNita dibantu dalam pelbagai aspek.

"Kita adakan klinik pemasaran dan pembangunan produk kerana kita mahu PeladangNita bergerak maju bagi menjana ekonomi.

"Mereka ada produk baik tapi perlu ditingkatkan termasuk kualiti pembungkusan untuk lebih daya saingnya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung PPK Tiga Daerah di sini hari ini.

Turut hadir; Pengarah LPP Kelantan, Nik Mohd Shahril Nik Hashim; Pengurus Besar PPK Kelantan, Mozamir Hussin; Pengerusi PPK Tiga Daerah, Yusof Awang Mat; Pengurus Besar PPK Tiga Daerah, Wan Mat Amin Wan Abdul Rahman dan Ketua Cawangan Pendaftar PPK Kelantan, Fauziah Ismail.

Azulita berkata, sebanyak 183 daripada 294 PPK di seluruh negara menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian.

Menurutnya, PPK tersebut menjadi contoh kepada PPK lain bagi membolehkan seluruh 920,000 ahli mendapat manfaat daripadanya.

"Ada PPK yang berkolaborasi dengan hypermarket dan supermaket dengan memasarkan produk pertanian ahlinya," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia