Bakhtiar dilantik Pengerusi YIDE

Bakhtiar Hussin
Bakhtiar Hussin
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Bakhtiar Hussin dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) baharu berkuatkuasa Selasa lalu.

YIDE dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Pelantikan Bakhtiar diputuskan bagi menggantikan Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi YIDE.

"Pelantikan beliau ini sangat bertepatan kerana pengalaman luas sebagai pentadbir di Selangor malah mempunyai pengalaman menerajui Mais sebagai setiausaha pada 2014 hingga 2018," katanya.

Menurutnya, Bakhtiar pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah Klang dari tahun 2006 hingga 2013 dan juga Ketua Pengarah Setiausaha Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dari tahun 2001 hingga 2006.

Selain itu, katanya, hubungan baik Bakhtiar bersama Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan korporat mampu memberi impak kepada YIDE dalam bentuk sumbangan yang boleh disalurkan kepada golongan sasar seperti anak-anak yatim, pesakit hemodialisis dan mangsa musibah.

"Diharapkan dengan pelantikan ini dapat meneruskan misi dan Visi YIDE," katanya.

Menurut kenyataan itu, YIDE adalah sebuah agensi di bawah MAIS dipertanggungjawabkan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan di dalam negeri ini.

Artikel Berkaitan: