Terkandas di Gaza: Yatt mohon doa semua ahli misi selamat pulang

Yatt Hamzah
Yatt Hamzah
A
A
A

PELAKON, Yatt Hamzah memaklumkan suaminya, Mohd Zulfadhli Khiruddin dan rakan artis, Heliza Helmi, Hazwani serta anggota Majlis Perundingan Pertubuhan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), mereka semua dalam keadaan selamat.

Yatt, 39, menerusi Instagram miliknya turut berkata, mereka ditahan tentera Mesir bukan Israel.

"Dalam jam 2 pagi, baru suami dapat hubungi dan maklumkan yang mereka semua selamat. Mereka bukan ditahan Israel," tulisnya di IG.

Walau bagaimanapun, kata Yatt, tiada jaminan bila mereka boleh keluar dari pintu Rafah, Mesir.

"Mereka terkandas berjam-jam semalam dan diarah masuk semula ke dalam Gaza dan bermalam di sana sebelum mencuba lagi untuk keluar.

No Image Caption

"Sebab kenapa mereka ditahan, terkandas dan diarah masuk semula ke dalam Gaza? Masih menjadi tanda tanya dan kita sama-sama tunggu update berita terkini daripada mereka.

"Sementara itu, mohon semua teruskan berdoa agar mereka selamat keluar dari Gaza melepasi pintu sempadan Rafah dan terus pulang ke Malaysia ke pangkuan keluarga masing-masing," akhirinya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, mereka berada di sana sejak 8 Julai lalu.