Lelaki lemas ditemukan berhampiran jeti LKIM Endau

Mayat lelaki ditemukan maut akibat lemas berhampiran jeti LKIM, Endau pagi tadi.
Mayat lelaki ditemukan maut akibat lemas berhampiran jeti LKIM, Endau pagi tadi.
A
A
A

MERSING - Seorang lelaki ditemukan maut akibat lemas berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Endau di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Husin berkata, mangsa ditemui kira-kira jam 9.21 pagi selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut semalam.

"Satu jentera dari BBP Endau bersama lapan anggota diarahkan ke tempat kejadian dan operasi turut disertai dua anggota polis dan seorang Anggota Pertahanan Awam.

"Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian, didapati terdapat seorang mangsa lelaki terjatuh ke dalam laut berhampiran Jeti LKIM Endau.

"Mangsa telah dijumpai lebih kurang 300 meter dari lokasinya terjatuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak bomba mengambil mayat mangsa menggunakan bot nelayan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Tiada identiti ditemui pada mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan: