Ahli perniagaan didakwa tipu penjualan lot kedai, tanah

Tertuduh, V. Nagamoorthy, 42, diiringi anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan memperdayakan enam individu membabitkan tawaran pembelian lot kedai dan tanah di Jasin pada lima tahun lalu.
Tertuduh, V. Nagamoorthy, 42, diiringi anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan memperdayakan enam individu membabitkan tawaran pembelian lot kedai dan tanah di Jasin pada lima tahun lalu.
A
A
A

MELAKA - Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan memperdayakan enam individu membabitkan tawaran pembelian lot kedai dan tanah di Jasin pada lima tahun lalu.

Tertuduh, V. Nagamoorthy, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di mahkamah berasingan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Majistret Teoh Shu Yee.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdayakan enam individu termasuk dua warga emas berusia antara 35 hingga 69 tahun untuk tawaran pembelian lot kedai di Taman Jasin Bistari dan tanah di mukim Rim, Jasin yang bukan dalam kawalan tertuduh.

Tindakannya itu mendorong mangsa-mangsa menyerahkan wang secara tunai dan transaksi bank melibat jumlah keseluruhan kerugian RM74,500.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh antara awal tahun sehingga 8 April 2014 di kedai makan di sekitar Taman Kasturi, Semabok dan Bandar Hilir.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan minimum setahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Lyiana Zainal Abidin dan Hanis Najwa Nazari mencadangkan jaminan keseluruhan sebanyak RM42,000.

Peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh kini menjaga ibunya yang perlu menjalani rawatan haemodialisis.

Artikel Berkaitan:

Majistret Nazrin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7, 500 bagi tiga pertuduhan manakala Shu Yee menetapkan jaminan RM9, 800 bagi empat pertuduhan.

Mahkamah menetapkan 11 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.