Belum tentu belia 18 tahun boleh mengundi PRN Sarawak

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun (dua, kiri) bercakap sebagai salah seorang ahli panel pada forum 'Make A Change, Let’s Do It Together' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun (dua, kiri) bercakap sebagai salah seorang ahli panel pada forum 'Make A Change, Let’s Do It Together' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
A
A
A

PUTRAJAYA - Belia 18 hingga 20 tahun mungkin masih tidak berpeluang untuk mengundi dan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang perlu diadakan sebelum 6 Jun 2021.

Ini pandangan peribadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Azhar Azizan Harun ketika ditanya sama ada PRN Sarawak akan menjadi pilihan raya pertama melibatkan mereka yang berusia 18 tahun.

“Dari pemikiran saya seorang saja, saya fikir it is a little bit tough. I doubt so (ia sedikit sukar. Saya ragu),” katanya pada sidang media selepas forum 'Make A Change Let’s Do It Together' anjuran SPR di sini, hari ini.

Dewan Rakyat pada Selasa lepas (16 Julai) meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.

Azhar berkata, pewartaan pindaan bagi menurunkan had umur mengundi, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun memerlukan masa yang agak lama sebelum boleh dikuatkuasakan sepenuhnya.

“Electoral role (Peranan mengundi) pun bukan senang. Kalau kita prepare (sedia) hari ini, kita kena pamer dulu, lepas itu ada tempoh bantahan kemudian kita kena dengar bantahan lagi. Warta pula. So its not (Jadi ia bukan) kita buat electoral hari ini, boleh pakai electoral itu. Sebab itu tiap-tiap pilihan raya kita bukan pakai electoral bulan Mac, tetapi pakai electoral Disember,” katanya.

Kepada soalan adakah Pilihan Raya Umum ke-15 melibatkan kos yang tinggi, beliau berkata, “Yang pasti kosnya tinggi”

Beliau berkata, kos PRU15 akan turut mengambil kira penambahbaikan SPR dan penambahan pengundi baharu.

Artikel Berkaitan:

Menurut Azhar, PRU14, yang melibatkan 14.9 juta pengundi dan 240,000 petugas, menelan belanja kira-kira RM500 juta. - Bernama